Webinar Kidsventure Pemasaran 2
28 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 28 Februari 2026, dua orang peserta telah menyertai Webinar Kidsventure Pemasaran 2 yang dijalankan secara dalam talian melalui platform Google Meet. Webinar ini bertujuan memberi pendedahan mengenai maksud promosi, kepentingannya dalam meningkatkan kesedaran jenama, menarik pelanggan serta membantu meningkatkan jualan sesuatu produk atau perkhidmatan.
Sepanjang sesi, peserta turut mempelajari cara menghasilkan promosi yang berkesan seperti mengenal pasti sasaran pelanggan, menggunakan mesej yang ringkas dan menarik, memilih platform yang sesuai seperti media sosial serta menyediakan tawaran istimewa. Contoh promosi seperti diskaun terhad dan penggunaan poster digital yang kreatif juga dikongsikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: